APAKAH BENAR LAGENDA KUBOR PANJANG.. - KHONNAMPEJA

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, October 10, 2009

APAKAH BENAR LAGENDA KUBOR PANJANG..

Apakah benar lagenda yang aku dengar dari zaman kanak-kanak mengenai Kubor Panjang? Setelah aku selidiki artikel Sejarah Kedah pandangan aku terbalik. Apakah misi dan tujuan cerita tersebut diadakan. Adakah untuk menutup sesuatu sejarah siapakahyang bertanggungjawab sebenarnya. ini membuatkan aku ingin selidik dan membuat kajian sendiri


Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan ditanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang Kedah. Sila ke http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/10/senarai-kesan-pembunuhan-dan-kemusnahan.html
untuk membaca artikel penuh.

Mengapa dihilangkan sumbangan Pahlawan Kedah TOK MO RIS daripada lipatan sejarah. Kerana makam pahlawan tersebut terdapat di Kg Perupok . Kg Bendang Raja yang terletak tidak jauh daripada Kubor Panjang dan Kg Perupok dan beberapa buah kampung disekitarnya mendapat nama kerana tanah-tanah disekitar Mukim Rambai dikurniakan oleh Sultan Kedah. Tanah-tanah tersebut tidak memerlukan geran kerana tanah-tanah tersebut adalah tanah kurnia raja.

Menurut cerita Tok Mo Ris telah berjasa kepada Sultan Kedah mendapatkan kembali puteri raja yang dilarikan ke Siam. Beliau bersama 7 orang rakannya telah ke Siam bagi mendapatkan kembali puteri Sultan Kedah. Bahkan telah berjaya membawa pulang beberapa ekor gajah untuk dijadikan hadiah kepada Sultan Kedah. Atas sumbangan dan jasa tersebut beliau telah dikurniakan tanah oleh Sultan Kedah. Tanah-tanah tersebut telah dibahagikan kepada waris-waris beliau pada masa itu.

Perlu diingatkan pada waktu itu sesebuah kampung kebanyakkannya dihuni oleh saudara mara terdekat, sehinggalah sekarang ini kalau dilawati kampung sekitar seperti Kampung Banggol, Kg Perupok, Kg Bendang Raja rata-rata mereka adalah daripada satu jurai keturunan.



No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages